Tuesday 5 July 2016

Selamat Hari Raya!

Selamat sejahtera kepada kawan-kawan blogger ataupun yang singgah dekat sini..

Sudah lama tidak update blog Jalan-jalan Saja Bah ni..hampir setahun ka ataupun sudah setahun hehe baru saya sedar kalau mau jadi blogger ni mesti jadi tegar dan sabar serta banyak idea hehe ramai orang Malaysia yang sudah berjaya dalam dunia blog ni.

Dan bukannya setahun dua mereka terjun dalam bidang blog memblog ni, tetapi sudah beberapa tahun.. barulah berjaya menjadi top blogger Malaysia...tu la saya kata bukan senang nak menten jadi blogger..apatah lagi jadi blogger yang aktif, setiap hari ada saja cerita baru yang nak dikongsi di laman masing-masing..lupakan pasal itu sekejap..

Di sini saya mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua kawan-kawan yang akan menyambut Hari Raya pada hari esok..sekarang ni di Alamesra, sudah kedengaran bunyi mercun di sana sini di luar tu..harap tiada apa-apa kemalangan lah..

Oklah, salam hormat daripada saya..
Sekali lagi saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua warga Malaysia.

Salam 1Malaysia!

Yang benar,
Tomey Pelin

No comments:

Post a Comment