Tuesday 5 July 2016

Selamat Hari Raya!

Selamat sejahtera kepada kawan-kawan blogger ataupun yang singgah dekat sini..

Sudah lama tidak update blog Jalan-jalan Saja Bah ni..hampir setahun ka ataupun sudah setahun hehe baru saya sedar kalau mau jadi blogger ni mesti jadi tegar dan sabar serta banyak idea hehe ramai orang Malaysia yang sudah berjaya dalam dunia blog ni.

Dan bukannya setahun dua mereka terjun dalam bidang blog memblog ni, tetapi sudah beberapa tahun.. barulah berjaya menjadi top blogger Malaysia...tu la saya kata bukan senang nak menten jadi blogger..apatah lagi jadi blogger yang aktif, setiap hari ada saja cerita baru yang nak dikongsi di laman masing-masing..lupakan pasal itu sekejap..

Di sini saya mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua kawan-kawan yang akan menyambut Hari Raya pada hari esok..sekarang ni di Alamesra, sudah kedengaran bunyi mercun di sana sini di luar tu..harap tiada apa-apa kemalangan lah..

Oklah, salam hormat daripada saya..
Sekali lagi saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua warga Malaysia.

Salam 1Malaysia!

Yang benar,
Tomey Pelin

Tuesday 9 June 2015

Jom berniaga@berbisnes

Saya ada join bisnes MLM baru2 ini atas pelawaan seorang kawan...iaitu UNICO2U..setelah sekian lama menanti peluang utk mencari produk MLM yg nak say buat, akhirnya Unico2u menjadi pilihan..sebenarnya syarikat ni kira baru..baru tubuh 2015 KALAU TAK SILAP...

Org kata MLM ni tak baik, tp bagi sya bergantung kepada macam mana seseorang itu menjalankan perniagaan MLMnya itu..pada pandangan sya, tak semua org yg buat MLM ni menipu & menjadi penipu..ada org yg buat bisnes ni jujur, bukan semata-mata nak buru kepala atau rekrut banyak org join di bawah dia... Sya join bisnes ni sebab pertama sya nampak produknya yg baik..ngam dgn sya yg ada masalah kesihatan sikit2. Sya berdoa agar Tuhanlah yg menyembuhkn saya melalui produk Unico2u ini..Selain itu, melalui bisnes ni, sya harap dapat jadi prosumer.

Produk Gamat Spirulina

Produk collagen

Dapat panggilan temuduga SPA lagi..

Salam 1 Malayia sahabat2 di luar sana...

Beberapa minggu lepas, waktu cek email selepas gagal dalam interview Jurubahasa Kadazan L17, ada lagi panggilan temuduga dari SPA utk jawatan Pegawai Bomba pulak..saya berfikir2, mahu pergi ke tak??? Sempat tanya isteri mahu pegi ke tak, isteri kata up to you :)..lagipun dlm email panggilan tu kata nama takk akan di'blacklist'kan kalau tak pergi pun..esok ni lah tarikh ujian fizikal n keesokan hari pulak adalah sesi temuduga...peri tidak pergi tidak??

Tuesday 2 June 2015

Pelaburan emas - kalau kena tempatnya, pasti dapat menjana keuntungan!

Nak tahu pasal pelaburan emas di Malaysia? Sila ikuti link ini..semoga berjaya..
Sila klik di sini.

Sunday 24 May 2015

Jurubahasa Gred L17 - Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.

Hari tu sya menghadiri temuduga Jurubahasa Kadazan gred L17..n baru tadi semak keputusan temuduga..keputusannya...hehe dukacita. hemm ada jugaklah sedih sikit tp tak pa, dunia belum berakhir hehe sesi kedua (ujian bahasa Kadazan) yg tak ok kot..sebab sya bukan Kadazan, tapi suku Dusun yg lain..kpd kwan2 yg ada panggilan temuduga tu, bersedia awallah sebelum datang..semoga berjaya..!

Thursday 14 May 2015

hello blogger

Hidup ini adalah sebuah perjuangan..harus terus kuat dan tidak mudah mengalah. Saya mahu jadi suami yg baik, dan bapa yg baik, peace, no war! hehe
Saya budak baru belajar..masi budak dlm blogging..jadi kepada kawan2 di luar sana, tolong beri tunjuk ajar okey. no worry be happy hihi